26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pasport menantu Muhyiddin mungkin dibekukan – SPRM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASPORT menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Muhammad Adlan Berhan akan dibekukan jika individu tersebut gagal dihubungi atau tidak memberi maklum balas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan seorang lagi suspek, Mansoor Saat dipercayai kini telah berada di luar negara.

Ini kerana kata beliau, semakan mendapati kedua-dua suspek telah keluar dari negara ini pada 17 dan 21 Mei lalu.

“SPRM tidak boleh berkongsi maklumat berhubung lokasi yang ditujui mereka tetapi apa yang pasti mereka masih di luar negara.

“Kita mengesyaki mereka berada di sebuah negera, maka tindakan yang boleh diambil adalah meminta Jabatanan Imigresen untuk membekukan pasport mereka jika masih gagal memberi sebarang maklum balas,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bilangan 2/2022 di Padang Kawad, Menara Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini. 

Muhammad Adlan dan Mansoor merupakan individu dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Sementara itu, Azam berkata, pihaknya sedang mendapatkan petunjuk baharu sebelum memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung siasatan kes perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Ujar beliau, SPRM sedang melihat keterangan-keterangan baharu yang diperlukan sebelum memanggil calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu untuk dirakam percakapan.

“Kes itu masih dalam siasatan pegawai penyiasat saya. Ia ditangguhkan kerana kita sedang melihat jika ada keterangan-keterangan baharu diperlukan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan