26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Saya bantu calon, bukan parti – jelas KJ

Atas semangat rakan dan sahabat, saya membantu Harisson yang telah dikenali sejak sertai Pemuda UMNO akhir 90-an

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA bantu calon, bukannya parti,”itu penjelasan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata demikian, susulan kehadiran beliau pada kempen calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Harisson Hassan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, baru-baru ini, di salah ertikan.

Atas semangat rakan dan sahabat, beliau membantu Harisson yang telah dikenali sejak sertai Pemuda UMNO akhir 90-an.

“Ya, betul. Saya turun ke Jeram, baru-baru ini untuk membantu calon, bukan untuk memilih parti.

“Ramai yang kata saya turun membantu PN dan sebagainya, tetapi saya rasa dalam pertandingan negeri, ada ruang untuk kita sokong calon,” katanya.

Khairy berkata, PRN tidak boleh hanya berkisar kepada bendera parti, sebaliknya tumpuan juga perlu diberikan kepada calon.

“Atas semangat itu, saya pergi ke Jeram kerana calon adalah Harisson dan ramai yang tidak tahu, selain sebagai kawan lama saya, kami sertai Pemuda UMNO pada akhir 90-an.

Advertisements

“Harisson juga adalah pencadang kepada saya ketika bertanding di Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan beliau berada bersama saya setiap hari, setiap waktu…

“Jadi takkanlah saya tidak boleh membalas budi tanpa diserang oleh pentaasub Twitter yang menyatakan lebih baik saya diisytiharkan sebagai ahli BERSATU dan sebagainya,”katanya.

Terdahulu, Khairy yang bersiaran secara langsung menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Malah, katanya, selepas ini, beliau akan menyokong dan turun berkempen bagi calon kerusi DUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Dia Barisan Nasional (BN), antara kawan baik saya dalam UMNO. Jadi saya akan pergi sokong Reezal kerana beliau adalah calon terbaik untuk Bertam.

“Saya ambil pendekatan dan pendirian itu. Saya sokong calon pada PRN,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan