27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Menteri buat ‘kecoh’: KJ puji desakan Akmal Saleh

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mendesak supaya menteri yang didakwa mengakibatkan kekecohan di KLIA agar dilucutkan jawatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS menteri kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang mendesak supaya menteri yang didakwa mengakibatkan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) agar dilucutkan jawatan.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan imej kerajaan yang mahu mempraktikan pentadbiran terbaik akan tercalar.

“Rancangan ‘mengarut’ apa ini? Menteri hadir dan membebaskan seseorang yang ditahan oleh imigresen? Saya bertaruhan tiada ada apa-apa tindakan selepas penyiasatan.

“Syabas Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh. Jika benar menteri yang terlibat mesti pergi. Apa-apa yang kurang akan dilihat sebagai kegagalan kepada kerajaan yang mendakwa mempraktikkan tadbir urus yang baik,”katanya ringkas melalui Instagram Story.

​Media melaporkan, tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Advertisements

Akmal dalam kenyataannya berkata, tidak ada sesiapa mengatasi undang-undang termasuk menteri.

“Tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang, waima siapa dan apa sekali pun jawatan kamu.

“Saya mohon untuk YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk mengambil tindakan terhadap kelakuan menteri yang tidak wajar ini.

“Seharusnya dilucutkan jawatan sebagai menteri kerana perbuatannya sama sekali tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia,”katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan