27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Mangsa POGO: 127 warga Malaysia telah diselamatkan

Pihak berkuasa Filipina akan memulakan proses deportasi ke atas semua mangsa setelah proses siasatan dan dokumentasi ke atas mereka selesai dan dijangka pulang ke tanah air tidak lama lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 127 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa mangsa sindiket jenayah penipuan sebuah syarikat di Filipina telah diselamatkan dan dijangka akan pulang ke tanahair tidak lama lagi.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, mereka telah diselamatkan polis Filipina dalam serbuan ke atas Philippine Offshore Gaming Operator (POGO).

Katanya, pihak berkuasa Filipina akan memulakan proses deportasi ke atas semua mangsa setelah proses siasatan dan dokumentasi ke atas mereka selesai.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi menghantar pulang kesemua mangsa ke Malaysia dalam masa terdekat,”katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, hasil lawatan konsular yang telah diadakan ke atas mangsa-mangsa warga Malaysia mendapati kesemua mereka dalam keadaan baik.

Advertisements

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa isu logistik dan kebajikan yang sedang diteliti dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa Filipina.

Pada Rabu lalu, Kementerian Luar mengenalpasti dan mengesahkan 134 daripada 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan sebuah syarikat di Filipina adalah rakyat Malaysia.

Usaha itu dilakukan Kedutaan Besar Malaysia di Manila selepas pihak berkuasa negara itu menyerbu sebuah syarikat dan menahan ramai pekerja.

Semua pekerja itu dipercayai diperdaya menjadi mangsa dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah di Filipina. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan