Tuesday, July 21, 2026

Fokus belia dan wanita, antara janji Altimet

Mesti Baca

MAHU melestarikan Lembah Jaya di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan, itu azam calon Pakatan Harapan (PH) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Altimet berkata, selama lebih 15 tahun  pentadbiran PH, ia membawa dan memacu pembangunan yang ingin diterjemahkan ke Lembah Jaya secara lebih cekap.

“Visi saya adalah untuk membangunkan Lembah Jaya yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan (MADANI).

“Oleh itu, tawaran manifesto saya menggariskan tekad kami dalam menggembleng tenaga sesama penggerak perubahan demi melakar masa depan yang lebih cerah untuk rakan-rakan di Lembah Jaya bagi mencapai matlamat seperti yang dinyatakan,” katanya.

Katanya, pemimpin terdahulu telah melaksanakan usaha yang baik dan kali ini dia menawarkan yang lebih baik lagi.

Altimet menawarkan lima teras yang menggariskan fokus kepada belia dan kerjaya, perkhidmatan dan prasarana, pendidikan dan latihan, ekonomi dan sosial masyarakat serta kebajikan warga emas dan peranan wanita.

Kerusi DUN Lembah Jaya pada PRN 15 ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Altimet dan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sharifah.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan