28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Suspek ‘wanted’ sejak tahun 2020 ditahan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga tempatan yang merupakan suspek ‘wanted’ (dikehendaki) sejak tahun 2020 lalu berjaya ditahan polis di Jalan Nusa Idaman, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri.

“Hasil siasatan suspek merupakan individu yang dikehendaki polis sejak 2020 di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan juga mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan malah hasil ujian air kencing suspek juga didapati negatif.

Advertisements

“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam masa sama, polis juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah dan sebagainya di balai polis berhampiran.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di Pusat Kawalan Daerah IPD Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan