27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Ronaldo masih berbisa, ledak 2 gol belasah Luxembourg

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo membuktikan usia 38 tahun bukan penghalang buat beliau untuk terus meledak dengan jaringan dua gol ketika Portugal membaham Luxembourg dengan jaringan besar 6-0.

Ronaldo mengekalkan prestasi cemerlang di pentas antarabangsa hasil dua lagi gol pada perlawanan Jumaat lalu menentang Liechtenstein dengan prestasi memberangsangkannya di Stade de Luxembourg ketika Portugal mencatatkan kemenangan kedua kempen kelayakan Euro 2024 itu.

Pesta gol Portugal dalam perlawanan ini turut disumbangkan oleh Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao.

Jurulatih Portugal yang baru dilantik, Roberto Martinez memuji peranan penting yang dimainkan oleh kapten Portugal itu dalam pasukan dengan pengalaman yang dimiliki oleh pemain Al-Nassr.

“Cristiano mempunyai pengalaman antarabangsa yang luar biasa, mungkin unik kerana dia satu-satunya pemain di dunia dengan 198 penampilan ,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Juara edisi 2016 itu diundi dalam kumpulan J bersama Slovakia, Bosnia Herzegovina, Iceland, Luxembourg dan Liechtenstein untuk kelayakan Euro 2024. – EDISI9

Terkini

44 rumah baharu dibina untuk veteran ATM

KEMENTERIAN Pertahanan telah meluluskan sebanyak 44 permohonan bina baharu dan 177 permohonan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan