26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Arif Aiman, Endrick terlepas aksi menentang Hong Kong

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada Selasa ini.

Perkara tersebut diumum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan kedua-dua pemain dilepaskan dari kem latihan skuad Harimau Malaya.

“Dua pemain, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos telah dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas ujian yang dibuat mengesahkan kedua-dua itu mengalami kecederaan.

“Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa, 28 Mac ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain dan telah bersetuju melepaskan kedua-dua pemain tersebut agar mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.

Katanya, dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu dipanggil.

Harimau Malaya kini dalam misi mengekalkan momentum kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan Akhyar Rashid. – EDISI9

Baca juga:   Khaled nak ‘serang’ Muhyiddin biarlah berfakta, bukan auta

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan