Thursday, July 23, 2026

TLDM bantu rawat pelancong Cina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membantu seorang pelancong China yang mengalami Decompression Sickness Type I semasa menjalankan aktiviti selam di Pulau Mabul, Sabah.

TLDM dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan pelancong berumur 26 tahun itu baru sahaja menceburi bidang selam rekreasi dan mengalami pening kepala serta ruam pada leher dan badan setelah melakukan aktiviti penyelaman sebanyak tiga kali.

Menurut hantaran itu, TLDM melalui khidmat tanggungjawab sosial (CSR) telah memberi peluang kepada pelancong tersebut dirawat menggunakan kemudahan KD Sri Semporna.

“Pesakit tersebut telah disahkan mengalami Decompression Sickness Type I dan menerima rawatan dengan menggunakan Kebuk Mampatan Hiperbarik KD Sri Semporna selama dua jam 15 minit bermula pukul 11.45 pagi sehingga pukul 1 tengah hari.

“Pesakit telah pulih sepenuhnya setelah tamat rawatan dan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati pada masa yang akan datang,” katanya hari ini.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan