26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Tular imam dipukul lelaki kurang siuman ketika solat subuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dipercayai kurang siuman bertindak memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 ketika sedang menunaikan solat Subuh di Kuantan, Pahang, pagi tadi.

Video berdurasi 30 saat yang tular itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang lalu menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu, kejadian berkenaan yang dianggarkan berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan sekitar pukul 6.18 pagi.

“Imam jemputan yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Thurath Kuantan, Ilhan Muhammad Irham sedang memimpin solat subuh di masjid itu pada pukul 6.11 pagi.

“Sekitar pukul 6.18 pagi, semasa solat Subuh rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shutter’ masjid di laluan berhadapan bank CIMB.

“Lebih kurang satu minit selepas itu, sedang imam masih membaca surah dalam solat, seorang lelaki kurang siuman bertindak menolak jemaah belakang dan menuju ke imam dengan serta merta memukul imam dengan selipar ditangannya.

Baca juga:   Isteri usia 54 tahun sanggup ugut bunuh lindungi suami muda

“Imam terbabit mengelakkan diri daripada serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Zahari berkata, susulan itu, jemaah bertindak menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. 

-EDISI9

Baca juga:   PM ketuai Malaysia di ASEM Ke-13 secara maya esok

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan