24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kemudahan stesen TV tapis sendiri kandungan boleh ditarik balik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak teragak-agak untuk menarik balik kemudahan tapisan sendiri kandungan yang diberikan kepada stesen-stesen televisyen (TV) sekiranya mereka gagal menjaga sensitiviti kandungan siaran mereka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kemudahan dan penurunan kuasa itu ditarik balik sekiranya stesen TV menunjukkan sikap tidak sensitif kepada ajaran agama, nilai budaya dan bahasa yang menjadi teras perlembagaan negara.

“Kemudahan dan penurunan kuasa kepada stesen TV membuat penapisan sendiri terhadap kandungan siaran akan di tarik balik sekiranya mereka menunjukkan sikap tidak sensitif,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu, Stesen Televisyen Malaysia (TV3) menegaskan adegan panas drama Perempuan Itu tidak sesuai dijadikan sebagai bahan tontonan umum mahupun untuk promosi.

Dalam satu kenyataan, stesen televisyen tersebut berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut terutama selepas video adegan mengghairahkan antara pasangan pelakonnya sehingga menjadi bahan kecaman ramai.

“TV3 memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu.

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, aksi panas tersebut juga tidak pernah dibincangkan atau mendapat kelulusan pihak stesen untuk ditayang kepada umum.

“Adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

Advertisements

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” katanya lagi.

Teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream.

Rata-rata warganet memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum.

Video tersebut turut mendapat teguran daripafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti.

Idris menerusi hantaran di Facebook semalam berkata, beliau akui kecewa dengan paparan klip video teaser drama Perempuan Itu yang dikongsi pelakon berkenaan.

“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun, seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampaui batas yang perlu ditegur,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan