29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

HTA cipta sejarah, berjaya pisahkan kembar Siam pramatang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA melakar sejarah pertama apabila kembar Siam pramatang yang baru berusia 17 hari berjaya dipisahkan menerusi satu pembedahan dijalankan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur semalam.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, pembedahan ke atas bayi lelaki berkenaan seberat 2.7 kilogram itu terpaksa dilakukan segera disebabkan komplikasi extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome.

Menurutnya, pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan pada umur tiga hingga enam bulan.

“15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu telah diputuskan. Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major.

“Kembar siam jenis‘Omphalophagus ini didapati berkongsi bahagian hati (liver) dan organ-organ lain didapati normal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi HTA, awal pagi ini.

Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major. Kredit: HTA

Dr. Zakaria berkata, proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke unit rawatan intensif neonatal (NICU) pada jam 2 petang.

Menurutnya, dengan sokongan pasukan Neonatologi dan jururawat NICU HTA, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya.

“Semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam.

Bayi kembar berkenaan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan sebelum kes dirujuk kepada HTA.

Seramai 13 pakar serta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak terlibat secara langsung bagi menjayakan pembedahan bersejarah itu.

Seramai 13 pakar serta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak terlibat secara langsung bagi menjayakan pembedahan bersejarah itu. Kredit: HTA

Doktor-doktor pakar yang terlibat secara langsung dalam pembedahan ini adalah:

1. Datuk Dr. Zakaria bin Zahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA)

2. Dr. Mughni bin Bahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HWKKS Sabah)

3. Dr. Mohd Tarmizi bin Md Nor (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HRPZ II Kelantan)

4. Dr. Nurdaliza binti Mohd Badarudin (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)

5. Dr. Hafatin Fairos binti Tamadun (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA)

6. Dr. Mohd Yusran bin Othman (Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA)

7. Dr. Cheng Joo Qing (Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA)

8. Dr. Intan Zarina binti Fakir Mohamed (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak HTA)

9. Dr. Ruwaida binti Isa (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak HTA)

10. Dr. Rohanizah binti Alias (Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)

11. Dr. Zubaidah binti Zulkipeli (Pakar Bius Kanak-Kanak HTA)

12. Dr. Neoh Siew Hong (Pakar Perunding Neonatologi HTA)

13. Dr. Elaine Wong Ee Lane (Pakar Neonatologi HTA)

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan