33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRU-15: UMNO serah kebijaksanaan PM tentukan

UMNO perlu hormati MoU antara kerajaan dan pembangkang serta terima keputusan Kabinet

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

UMNO tidak akan menekan Perdana Menteri berhubung penetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaliknya menyerahkan kebijaksanaan beliau untuk menentukannya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO perlu menghormati perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pihak pembangkang yang akan berakhir pada Julai ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata, UMNO perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Kabinet memandangkan Kabinet hari ini terdiri daripada para pemimpin pelbagai parti politik, dan bukan hanya UMNO.

“Kami memahami peraturan terutama dalam soal Perlembagaan, keputusan yang harus diambil Kabinet dan keputusan Kabinet ini akan dibawa oleh Perdana Menteri kepada Tuanku (Yang di-Pertuan Agong).

“Kami tidak menekan Perdana Menteri dalam perkara ini, kami menghormati keputusan yg dibuat Kabinet yang kita semua tahu, Kabinet dianggotai pelbagai pemimpin parti selain UMNO.

“Tentunya dengan kebijaksanaan yang akan diambil oleh Perdana Menteri secara konsensus dan Kabinet akan mengambil ketetapan apabila Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Kabinet (untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen),” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ketiga-tiga Naib Presiden UMNO iaitu Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Ketika ditanya sama ada PRU-15 diadakan selepas Julai 2022 atau sebelumnya, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perkara itu akan diserahkan kepada kebijaksanaan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

Advertisements

“Desakan (mengadakan PRU-15) bukan datang dari UMNO. UMNO cuma menyarankan berdasarkan faktor-faktor yang ada di dalam dan di luar parti, faktor penolakan dan penarikan.

“Kestabilan politik harus diwujudkan semuak di negara kita. Oleh kerana sebuah parti menjadi tulang belakang sesebuah kerajaan, maka parti itu haruslah dominan dan kedominan inilah yang ditawarkan UMNO sebagaimana di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melakan dan Johor.

“Walaupun keputusan PRN Melaka dan Johor bukan cerminan suasana PRU namun dengan prinsip yang ada pada UMNO dan BN, kesepakatan yang ada dan perjalanan jentera kami, kami yakin rakyat mahukan kami kembali menjadi kerajaan dominan,” kata beliau.

Pada masa yang sama Ahmad Zahid yakin parti-parti pembangkang akan membentuk gabungan baharu, namun dengan sejarah gabungan mereka selama 22 bulan yang tidak dapat melaksanakan janji manifesto dan 17 bulan dianggap sebagai kerajaan gagal, UMNO dan BN sedaya-upaya akan memastikan kemenangan mereka kali ini, biar pun bila PRU-15 diadakan.

Sebelum itu, dalam PAU 2021 yang berlangsung dari 16 Mac lalu, parti itu telah membuat ketetapan bahawa pemilihan agung parti hanya akan dilaksanakan selepas enam bulan PRU berlangsung.

Mohamad berkata, keputusan itu dicapai bagi memastikan parti tidak menyertai PRU dalam keadaan berpecah-belah.

Beliau berkata, UMNO akan membuat pindaan terhadap perlembagaan parti bagi memastikan pemilihan akan dilangsungkan enam bulan selepas PRU diadakan.

Susulan keputusan tersebut, Ismail Sabri berkata, beliau akan berbincang dengan lima pemimpin tertinggi parti bagi menentukan tarikh sesuai untuk pembubaran Parlimen, sekali gus membolehkan PRU-15 diadakan.

“Jika kita yakin dengan kemenangan, kita takkan tunggu satu saat pun untuk membubarkan Parlimen untuk PRU ke-15. Kita semua di atas ini mahu BN menjadi parti dominan semula di negara ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan