26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Polis nafi keluar amaran rompakan bersenjata

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS nafi mengeluarkan amaran berhubung kehadiran beberapa lelaki menyamar dari syarikat air atau elektrik mahu merompak guna senjata di daerah Tapah, Perak.

Laporan palsu yang tular di media sosial itu turut memaparkan empat kad pengenalan lelaki yang kononnya adalah suspek dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pihaknya berjaya mengesan laporan yang tular di media sosial melalui aplikasi WhatsApp yang menggunakan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah kira-kira jam 11.00 pagi semalam.

Katanya, laporan palsu itu memaklumkan terdapat tiga atau empat lelaki mungkin akan melawat rumah dan mendakwa mereka dari syarikat air atau elektrik untuk menukar mentol serta melakukan penjimatan air dan tenaga elektrik sebelum merompak menggunakan senjata.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati maklumat tular itu tidak benar.

Baca juga:   Video anggota ambil rasuah, polis terima laporan

“Tiada sebarang rompakan atau pencerobohan berlaku yang dilaporkan kepada pihak polis.

“Pihak IPD Tapah tidak pernah mengeluarkan kenyataan amaran mengenai kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan media.

Wan Azharuddin berkata, hasil siasatan lanjut juga mendapati laporan terbabit pernah tular pada 2019.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan