24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sabah catat 4 lagi kluster institusi pendidikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SABAH terus mencatatkan peningkatan kluster institusi pendidikan dengan empat lagi kluster baharu bagi kategori itu dikesan, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata empat kluster baharu institusi pendidikan itu ialah Kluster Jalan Tandek dan Kluster Jalan Taman Beringin di Kota Marudu serta Kluster Jalan Pendidikan Ranau dan Kluster Sungai Batang Batu Sepuluh di Sandakan.

Beliau berkata, kes indeks bagi Kluster Jalan Tandek membabitkan pelajar asrama lelaki tempatan berusia 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 1 yang mula dikesan bergejala pada 15 Januari sebelum disahkan positif COVID-19 pada 17 Januari lepas.

Katanya, saringan terhadap 43 rakan satu asrama dan sekelas mendapati, sebanyak 34 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster jenis institusi pendidikan ini sebanyak 35 kes.

“Kluster Jalan Taman Beringin pula membabitkan pelajar perempuan SMK Bandau berusia 17 tahun yang dikesan positif pada 19 Januari sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Queen Elizabeth II.

“Saringan ke atas 49 kontak rapat mendapati 24 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif 25 kes termasuk 19 kes baharu hari ini terdiri daripada pelajar asrama, harian dan kakitangan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan, lapor BH Online.

Advertisements

Masidi berkata, Kluster Jalan Pendidikan Ranau pula tercetus apabila kes indeks, pelajar asrama lelaki SMK Mat Salleh berusia 19 tahun, dikesan positif COVID-19 pada 31 Januari melalui ujian saringan kendiri selepas mula bergejala pada 29 Januari dan terus dikuarantin pada hari sama.

“Saringan terhadap 87 orang terdiri daripada rakan sebilik, asrama serta rakan sekelas mendapati 24 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes,” katanya.

Katanya, bagi kes indeks Kluster Sungai Batang Batu Sepuluh pula membabitkan pelajar perempuan, 16, di sekolah Maktab Rendah Sains Mara Tun Mohammad Fuad Stephens di Sandakan.

“Pelajar itu mula bergejala demam sejak 25 Januari lepas. Saringan terhadap 101 kontak rapat mendapati 49 lagi kes positif terdiri daripada pelajar asrama dan harian, guru serta kontak keluarga menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50 kes termasuk 36 kes baharu hari ini (semalam),” katanya.

Beliau berkata, empat kes kluster terbabit dikategorikan dalam kategori satu dan dua (bergejala ringan) dan mereka diasingkan serta diberikan rawatan lanjut.

Secara keseluruhan, beliau berkata Sabah mencatatkan peningkatan kes baharu hampir dua kali ganda semalam iaitu 909 berbanding 476 kelmarin iaitu yang tertinggi sejak 30 September tahun lepas menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri itu 250,440.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan