Saturday, June 13, 2026

Pemandu treler maut, tujuh cedera termasuk tiga kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu treler maut manakala tujuh termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 34, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak semalam.

Pemandu treler dikenali sebagai Nor Amin Mohamad Ismail, 37, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain treler membawa muatan dedak haiwan itu, nahas turut melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan motosikal.

Mangsa yang cedera pula ialah pasangan suami isteri dan tiga anak mereka berusia 5, 7 dan 8 tahun yang menaiki Proton Saga, kelindan treler dan penunggang motosikal.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4.42 petang.

Pasukan bomba mengeluarkan pemandu treler yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuh Raya Timur Barat, dekat Tasik Banding, Gerik, Perak semalam. – Sumber: JBPM

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan menyebabkan pemandu treler tersepit manakala mangsa yang lain tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Anggota bomba juga memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera, seterusnya menghantar mereka ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nizam Zakaria dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, tamat jam 7.36 malam,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan