33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Polis nafi keluar amaran sindiket culik kanak-kanak

Mesej palsu itu tular sejak 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mengeluarkan amaran berhubung sindiket culik yang mensasarkan kanak-kanak bagi mendapatkan organ.

Superintendan Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Superintendan A Skandaguru, berkata, pihaknya mengesan sebaran mesej palsu itu di media sosial yang kononnya dikeluarkan oleh Gerakan IPK Bukit Aman.

“Mesej itu memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya berwaspada dengan sindiket penculikan menggunakan kereta Proton Wira dan sebuah van putih yang menyasarkan kanak-kanak serta remaja berusia di bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ tertentu untuk dijual.

“Mesej sama juga menyenaraikan harga bagi organ dijual seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada laporan polis diterima berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia seperti didakwa.

Baca juga:   624,000 dos vaksin kanak-kanak Pfizer tiba di Malaysia

Katanya, semakan mendapati mesej palsu itu tular sejak 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial, malah tiada sebarang amaran sedemikian pernah dikeluarkan oleh pihak Bukit Aman.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

Katanya, tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian akan menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sidang Dewan Negara dilanjutkan hingga 11 April 2023

PERSIDANGAN Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 dilanjutkan sehingga 11 April ini, berbanding takwim asal yang...

Lagi Artikel Berkaitan