27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kerani ‘berputih mata’ rugi RM32,000, jadi mangsa Macau Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kerani di jabatan kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian RM32,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

Kejadian bermula apabila wanita berusia 41 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai farmasi kawalan ubat di Petaling Jaya, Selangor.

Pegawai tersebut mendakwa mangsa pernah mengambil ubat di klinik 1Malaysia di Kampung Ampang Baru, dekat Ipoh sebanyak lapan kali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dari Bandar Damansara di sini, bagaimanapun menafikan perkara itu, sebelum panggilan disambungkan kepada dua individu kononnya anggota polis dikenali Sarjan Kuha dan Inspektor Yong.

Katanya, mangsa kemudian diminta memindahkan wang daripada akaunnya ke dalam ke akaun tertentu dengan alasan untuk mengelak aset dibekukan, selain ditahan pihak berkuasa.

“Individu menyamar sebagai Inspektor Yong itu juga meminta maklumat pengenalan dan kata laluan iRakyat milik mangsa dan wanita itu mengikuti arahan saspek.

“Pada 10 Februari lalu, mangsa memindahkan RM28,000 seperti diminta suspek, sebelum menyedari wang dalam akaun miliknya juga hilang. Mangsa kemudian menghubungi pihak bank bagi menyekat akaun milik terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Mohd Wazir berkata, modus operandi penipuan adalah memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pegawai KKM dan pegawai polis.

Katanya, mangsa yang kerugian RM32,000 kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 33 tahun kerugian lebih RM10,000 selepas terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat penerbangan, dengan modus operandi hampir sama.

Kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan