32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jurutera rugi RM2.9 juta terjerat macau scam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG jurutera di Pulau Pinang kerugian RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa, 45, sebelum ini dihubungi individu yang mendakwa wakil syarikat kurier.

Menurut beliau, pemanggil memaklumkan, terdapat bungkusan terlarang yang tiba pada 1 Disember lalu atas nama mangsa.

“Pemanggil kemudiannya memberitahu mangsa terdapat MyKad dan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik orang lain dalam bungkusan berkenaan.

“Individu itu juga memberitahu mangsa yang pihaknya akan membuat laporan polis serta menafikan mereka terbabit dalam perkara berkenaan.

“Mangsa yang bekerja di Bayan Lepas kemudiannya menerima panggilan telefon daripada seorang lagi individu beberapa jam selepas itu, yang mengaku sebagai ‘pegawai polis’ dari Perak dan meminta mangsa mengikut arahan yang diberikan, termasuk membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan atau berdepan tindakan atas dakwaan terbabit dengan kegiatan jenayah,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas tinjauan di pasar Taman Selamat, Bukit Mertajam, sempena Tahun Baharu Cina hari ini.

“Selepas menerima panggilan itu, mangsa yang panik melakukan transaksi berjumlah RM1.9 juta ke 26 akaun berbeza.

“Mangsa juga membuat pinjaman RM700,000 daripada keluarga dan rakan serta pinjaman bank RM300,000 sebelum dipindahkan ke akaun bank dinyatakan sindiket,” katanya lagi.

Menurut beliau, secara keseluruhan, mangsa membuat 129 transaksi antara 1 Disember hingga 6 Januari lalu.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas memaklumkan perkara itu kepada rakannya sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan