25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Duit pencen arwah suami lesap ditipu ‘polis’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG guru berputih mata apapbila RM233,480 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang kononnya mendakwa mangsa terlibat dengan aktiviti pengedaran barang-barang terlarang dan pengubahan wang haram.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, penipuan itu bermula apabila mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan pada 13 Januari lalu.

“Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai polis dan dimaklumkan bahawa dirinya terlibat dengan jenayah.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa telah mendedahkan maklumat perbankan miliknya. Mangsa mula menyedari setelah 16 transaksi ke akaun lain telah dibuat.

Advertisements

“Kesemua wang simpanan dalam akaun miliknya yang merupakan ganjaran wang pencen arwah suaminya lesap,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya jangan mendedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada capaian yang mencurigakan.

Mereka katanya, tidak perlu takut atau cemas apabila dihubungi atau didakwa terlibat dengan apa-apa jenayah oleh panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

“Adalah diingatkan bahawa pihak penguat kuasa tidak menjalankan apa-apa siasatan melalui panggilan telefon. Sentiasa semak dengan balai, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan