31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cubaan seludup 1.2 tan daun ketum ke Thailand tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN sebuah bot nelayan menyeludup 1.2 tan daun ketum bernilai RM216,000 ke Thailand melalui jalan laut di muara Kuala Kedah berjaya ditumpaskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam serbuan yang dilakukan semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan pihaknya yang mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas A, bergerak mencurigakan berhampiran muara Kuala Kedah.

Menurut beliau, sejurus menerima maklumat tersebut, bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi di kedudukan 0.9 batu nautika, timur laut muara Kuala Kedah pada pukul 6 pagi.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek menukar haluan memecut ke arah daratan berhampiran sebelum terjun ke kawasan paya bakau.

“Pemeriksaan terhadap bot itu menemukan 120 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum dengan berat dianggarkan 1.2 tan bernilai kira-kira RM216,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Kata beliau, tindakan menyeludup keluar daun ketum ke Thailand dipercayai dilakukan berikutan harganya yang mahal di negara jiran.

Katanya, nilai pasaran semasa daun ketum di Thailand mencecah RM180 sekilogram berbanding cuma RM30 di pasaran tempatan.

“Semua hasil rampasan termasuk bot nelayan serta enjin yang dianggarkan bernilai RM60,000 dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah,” katanya.

Ujar beliau, jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan