28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Berebut ‘awek’: Pelajar lelaki cedera dibelasah senior

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-gara meminati pelajar perempuan yang sama, seorang pelajar lelaki retak tempurung kepala selepas dibelasah senior di sebuah sekolah menengah di Gua Musang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian didakwa berlaku pukul 11.15 pagi ketika mangsa, pelajar tingkatan empat berada di luar kelas.

Menurut beliau, mangsa didatangi lima pelajar tingkatan lima yang terus  memukul bahagian badan mangsa secara beramai-ramai.

“Salah seorang suspek memukul kepala mangsa menggunakan batu sehingga menyebabkan bahagian kiri tempurung kepalanya retak. Pergaduhan itu dileraikan oleh pengawas yang lalu di situ. 

“Selain cedera di kepala, mangsa turut bengkak di beberapa bahagian anggota badan seperti tangan kanan dan kiri, belakang badan dan lenguh di kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Choon Foo memberitahu, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan dimasukkan ke dalam wad satu hari untuk menjalani rawatan susulan.

Jelasnya, punca kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati suspek kerana mereka meminati pelajar perempuan yang sama.

“Semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan oleh polis,”katanya.

Ujar beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan