26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

80 murid diberi pendedahan persekitaran kampus universiti

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SERAMAI 80 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Cempaka di Nilai, Negeri Sembilan diberikan pendedahan suasana kampus menerusi program Kids Rush Explorance (KRE) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Program anjuran Sekretariat Pemuafakatan Siswa/i Felda (Persada) USIM berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM.

Menurut Pengarah KRE, Isma Ad-Din Ismail, penganjuran program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal tentang universiti kepada pelajar.

Beliau berharap melalui program tersebut dapat menarik minat murid-murid berkenaan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading pada masa hadapan.

“Bagi mencapai sesuatu cita-cita itu, kita mestilah bermula dengan pemikiran dan azam yang betul bermula sejak bangku sekolah rendah lagi agar dapat mencapai cita-cita yang diingini,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Hadir sama Presiden Persada USIM, Muhammad Nadjmi Muiz Zulkifli dan Guru Besar SK Desa Cempaka, Nor Sazilla Selamat.

Advertisements

Sementara itu, Muhammad Nadjmi Muiz berkata, ramai kalangan lepasan sekolah pada masa kini kurang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Justeru, katanya, menerusi program seperti ini secara tidak langsung dapat membuka mata serta memberi impak yang bermanfaat kepada para pelajar.

Bagi Nor Sazilla pula, beliau menasihati para murid agar belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke universiti serta menjadi orang berguna kepada keluarga, masyarakat mahupun negara.

“Saya harap dengan adanya program seperti ini, ia dapat menanam hasrat dalam diri pelajar untuk sambung pelajaran ke menara gading dan menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak Persada USIM kerana memilih dan memberi peluang kepada pelajar SK Desa Cempaka untuk menyertai program ini dan berharap agar program ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya. – Nurul Mizani Sofian/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan