26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kontraktor hidang telur rosak di MRSM mungkin ditamatkan kontrak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan berkompromi dengan kontraktor dewan selera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Jelebu yang menghidangkan telur rosak kepada pelajar.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima banyak mesej dan aduan melalui aplikasi Whatsapp dan telah mengarahkan agar siasatan segera dilakukan.

Asyraf Wajdi yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor dewan selera yang memandang enteng dalam isu penyediaan makan pelajar.

“Jangan hanya mengejar untung atas kesusahan orang lain. Keuntungan atas kecurangan pastinya tiada keberkatan.

Advertisements

“Jika didapati kecuaian ini benar-benar berlaku, Mara pastinya akan ambil tindakan tegas termasuklah menamatkan kontrak sebagaimana perjanjian dan peraturan yang ditentukan,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Menurut Asyraf Wajdi, beliau sudah minta laporan penuh daripada pengurusan Mara dan akan diserahkan kepadanya selewat-lewatnya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial selepas seorang ibu kesal apabila anaknya yang merupakan penuntut di MRSM Kuala Klawang telah dihidangkan dengan telur yang sudah rosak.

Wanita tersebut mendakwa tindakan tidak bertanggungjawab kontraktor dewan selera itu telah mengakibatkan ramai pelajar turut mengalami sakit perut dan cirit-birit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan