29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lebih 79,000 kanak-kanak telah terima vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBERIAN dos pertama vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak terus meningkat dengan seramai 79,393 atau 2.2 peratus populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima vaksinasi itu.

Kanak-kanak berkenaan menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan 3 Februari lalu dan kerajaan menetapkan selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Memetik laporan Bernama, berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, seramai 12,926,703 atau 55.2 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat Khamis.

Sejumlah 22,934,496 individu atau 98 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Sementara, 99.2 peratus atau 23,210,020 lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Advertisements

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,794,416 individu atau 88.8 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka

Manakala 2,872,087 individu atau 91.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sebanyak 173,428 dos diberikan meliputi 18,343 dos pertama.

Manakala, dos kedua sebanyak 1,739 dan 153,346 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,611,898 dos.


Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan