24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

3 maut, rentung di Jalan Wakaf Bharu terlibat kes samun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMASKINI

POLIS mengesahkan tiga lelaki yang maut termasuk dua daripadanya rentung selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang mereka naiki terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang di Tumpat, Kelantan awal pagi ini dipercayai terlibat dengan kes samun sebelum nahas itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, ketiga-tiga lelaki yang maut itu dipercayai baru melakukan samun dengan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

“Hasil siasatan awal, kami mendapati kenderaan Honda HR-V tersebut dinaiki oleh empat lelaki yang kemudian telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Palekbang, Tumpat.

“Salah seorang daripada penumpang Honda HR-V itu kemudian bertindak melarikan sebuah kenderaan Ford Ranger dari rumah berkenaan,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, pemilik Ford Ranger itu yang mendengar bunyi enjin kenderaan tersebut dihidupkan kemudian keluar untuk melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, pada masa sama, seorang lagi penumpang Honda HR-V itu telah keluar lalu melibaskan senjata tajam ke arah pemilik kenderaan tersebut.

Advertisements
Keadaan buah kenderaan dan sebuah rumah kosong yang hangus dalam kebakaran selepas sebuah kereta terbabas di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang, Tumpat, Kelantan hari ini.

Mohd Azmir berkata, salah seorang suspek kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang dicuri itu manakala tiga lagi lelaki melarikan diri dengan menaiki Honda HR-V terbabit.

“Pemilik Ford Ranger itu kemudian bertindak mengejar suspek yang melarikan pacuan empat rodanya menggunakan kereta jenis BMW,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tiga orang meninggal dunia termasuk dua daripadanya rentung apabila kereta yang dinaiki terbabas dan terbakar dalam kejadian di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang, Tumpat, Kelantan awal pagi ini.

Salah seorang mangsa lelaki berumur 33 tahun, manakala dua yang lain sedang dikenal pasti.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi membabitkan kereta jenis Honda HRV yang dari Cabang Tiga Kepulau menghala ke Wakaf Bharu.

Semua mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan