29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tragik… Penganggur penggal kepala ibu sendiri

Badan mangsa ditemukan di ruang tamu dengan berlumuran darah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TRAGIK… Seorang penganggur sanggup memenggal kepala ibunya sendiri dengan sebilah parang dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru Pasir Penampang, Kuala Selangor semalam.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 56 tahun maut di ruang tamu rumah yang didiami mereka sementara suspek berusia 28 tahun berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.45 petang yang memaklumkan kejadian seorang wanita dicederakan anaknya.

“Hasil siasatan mendapati mangsa ditemukan di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan.

“Siasatan lanjut sudah dijalankan bersama pasukan forensik,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang merupakan seorang penganggur tinggal bersama mangsa dan suaminya.

Katanya, anak-anak mangsa yang lain pula menyewa di kawasan berhampiran.

Advertisements

“Siasatan lanjut mendapati kejadian disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi ibunya sebelum pergi ke rumah melakukan pemeriksaan.

“Tiba di lokasi, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri di belukar belakang rumah.

“Polis dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap suspek yang bersembunyi dalam belukar berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas parang disyaki digunakan untuk memenggal kepala mangsa yang ditemui dalam tandas rumah itu.

“Ujian air kencing dibuat ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang (HTK). Hasil laporan awal adalah positif Methamphetamine dan Amphetamine.

“Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan