25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kanak-kanak 4 tahun hilang semasa mandi sungai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak dilaporkan hilang semasa mandi di sungai di Ladang Man Coon di Beluran, Sandakan, Sabah semalam.

Sebelum kejadian berlaku kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohd. Ridwan Suprianto Mohd. Aidil yang berusia empat tahun dikatakan seronok mandi di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kanak-kanak lemas pada pukul 5.15 petang dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi didapati seorang kanak-kanak hilang semasa melakukan aktiviti mandi-manda di sungai di kawasan ladang berkenaan.

Advertisements

“Siasatan awal mendapati mangsa hilang sejak 2.30 petang namun, laporan yang dibuat hanya pada pukul 5 petang.

“Kehilangan mangsa disedari oleh ayahnya yang menemukan selipar mangsa yang tertinggal di tepi sungai,” katanya, lapor Utusan Online.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mula dijalankan namun terpaksa ditangguhkan pada pukul 6.40 petang kerana keadaan semakin gelap.

Operasi SAR diteruskan semula pada pukul 6.53 pagi ini. Operasi ini disertai seramai 30 orang anggota dan orang awam termasuk pasukan penyelamat di air (PPDA).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan