26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Masjid Nabawi adakan semula buka puasa beramai-ramai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS dua tahun majlis berbuka puasa beramai-ramai semasa bulan Ramadan di Masjid Nabawi, Madinah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, majlis tahunan dijangka akan kembali dilaksanakan tahun ini.

Laporan agensi yang memeik kenyataan Badan Pengurusan Masjid Nabawi berkata, majlis tahunan akan diadakan semula pada Ramadan tahun ini yang akan disambut pada April ini.

“Wakil pengurusan memberi jaminan penyambungan semula jamuan berbuka puasa di Masjid Nabawi akan dilaksanakan mengikut protokol kesihatan yang ketat bagi membendung penularan COVID-19.

“Hanya mereka yang diberi lesen untuk menyebarkan iftar sofra (hamparan di mana makanan diletakkan) akan dibenarkan berbuat demikian di tempat yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya lapor akhbar Saudi Gazette.

Katanya, jumlah sebenar jemaah yang dibenarkan di setiap sofra akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas pihak pengurusan meninjau situasi pandemik.

“Pengurusan masjid turut menegaskan bahawa penyedia juadah berbuka puasa perlu membuat kontrak dengan syarikat katering yang diluluskan untuk menyediakan makanan.

“Penjarakan fizikal  juga akan diterapkan bagi mengatur kedudukan jemaah berbuka puasa dengan hanya lima orang bagi satu hamparan berbanding 12 orang jika dalam keadaan biasa,” demikian menurut kenyataan pihak pengurusan. – Agensi

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan