24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lebih 2.7 juta populasi remaja negara lengkap vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 2,773,263 individu atau 88.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,861,246 individu atau 90.9 peratus daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sejumlah 22,902,459 individu atau 97.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi.

Manakala 23,182,938 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Advertisements

Dalam pada itu, 167,955 dos suntikan vaksin diberikan melibatkan 985 dos pertama, 897 suntikan dos lengkap dan 166,073 suntikan dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,729,670 dos.

Sementara itu, jumlah kumulatif pemberian dos penggalak pula kini mencecah 9,212,282 dos.

Dalam pada itu, menurut portal Github KKM, 19 kes kematian direkodkan semalam.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan