28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

164 laluan transaksi RFID sudah mula beroperasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-kira 164 laluan yang mempunyai transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) sudah mula beroperasi di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam tadi.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, pihak PLUS menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

“Setakat ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang.

“Sekurang-kurangnya setiap plaza tol yang berada di jajaran PLUS ini akan ada satu lorong keluar dan satu lorong masuk.”Tetapi plaza besar seperti plaza tol Jalan Duta kita akan sediakan lebih untuk memastikan kelancaran perjalanan pengguna lorong RFID,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengguna lebuh raya yang mahukan teknologi RFID dalam melancarkan perjalanan mereka perlu mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go dan seterusnya wajib aktifkan akaun e-Wallet.

Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian.

Maklumat lanjut berhubung RFID boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.

Advertisements

PLUS juga mensasarkan penggunaan teknologi RFID secara menyeluruh untuk semua kelas kenderaan di masa hadapan.

Ini termasuk pengguna bagi kenderaan bukan persendirian termasuk agensi kerajaan dengan mewujudkan satu akaun khas bagi kategori itu yang dijangka akan diumumkan pada hujung Februari depan.

Sebelum ini Kementerian Kerja Raya mengumumkan penggunaan kad Touch n’ Go (TnG) dan SmartTAG di semua plaza tol akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 15 Januari.

Kementerian itu berkata, sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan digunakan sepenuhnya bagi menggantikan kedua-dua sistem tersebut.

KKR berkata, buat permulaan sistem RFID akan digunakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) laluan Juru, Pulau Pinang dan Skudai, Johor

“Kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID,” menurut kenyataan itu, bulan lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan