31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bayar tol guna kad TnG, SmartTAG akan dimansuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBAYARAN tol menggunakan kad Touch n’ Go (TnG) dan SmartTAG di semua plaza tol akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 15 Januari tahun depan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan digunakan sepenuhnya bagi menggantikan kedua-dua sistem tersebut.

Menurut kenyataan kementerian itu, buat permulaan sistem RFID akan digunakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) laluan Juru, Pulau Pinang dan Skudai, Johor

“Kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID,” menurut kenyataan itu.

Kementeri itu berkata, transaksi tol menggunakan RFID adalah langkah kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Advertisements

Manakala pelaksanaannya juga, katanya, selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar yang termasuk Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong.

Sehubungan itu, KKR itu menggesa para pengguna lebuh raya untuk beralih kepada RFID dan mendapatkan tag RFID secara dalam talian menerusi aplikasi TnG eWallet, portal TnG, ejen pemasaran yang dilantik atau mana-mana 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung.

“Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan TnG eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai,” menurut kenyataan itu.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan