Friday, July 24, 2026

Amaran hujan lebat di Kemaman, Kuantan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran merah atau bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang hari ini.

Manakala amaran jingga atau buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku dikeluarkan bagi seluruh Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu serta Pahang.

Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Pahang di Tanah Cameron, Lipis, Jerantut dan Pekan,” kata MetMalaysia di Facebook pagi ini.

Menurut MetMalaysia, amaran kuning atau waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan di Raub, Bentong, Temerloh, Maran serta Bera di Pahang.

Dalam pada itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit di Sarawak pagi ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan