24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rompakan RM 700,000: Dua lagi pegawai SPRM ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menahan dua lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan di sebuah kediaman di Jalan Ampang, di sini, melibatkan kerugian bernilai RM700,000, pada Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pegawai SPRM berkenaan yang masing-masing berusia 37 dan 39 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kedua-dua pegawai SPRM itu direman mulai hari ini sehingga Ahad ini, dan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Advertisements

“PDRM dalam masa sama, menyeru orang ramai supaya memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara telus dan adil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 12 Dis, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes rompakan secara berkumpulan di ibu negara pada 10 Dis lalu.

Tahanan reman pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki terlibat dengan kes itu dilanjutkan sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan