26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PLUS aktifkan ‘Smartlane’ elak trafik sesak ketika Aidiladha

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan pengaktifan Smartlane bagi menambah kapasiti lorong sedia ada serta membantu melancar dan menyuraikan trafik ketika musim perayaan Aidiladha ini.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd. Yusuf Abdul Aziz berkata, pengaktifan tersebut akan dilakasanakan di lima lokasi bermula 28 Jun hingga 2 Julai ini.

Antaranya, persimpangan Port Dickson hingga Seremban (KM260.0-KM263.1 – arah utara), persimpangan Senai Utara-Kulai (KM19.0-KM27.0 – arah utara), laluan Gua Tempurung-Gopeng (KM306.7-KM297.0 – arah utara), laluan Slim River-Sungkai (KM367.3-KM354.1 – arah utara) dan Kawasan Rehat dan Rawat Rawang ke Sungai Buaya (KM439.9-KM435.5 – arah utara).

Katanya, inisitiaf tersebut merupakan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pengaktifan Smartlane juga akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan trafik semasa dengan kerjasama dan pemantauan PDRM, JPJ serta petugas lebuhraya PLUS di lokasi.

Advertisements

“PLUS menasihatkan agar pemandu dan penunggang saling menghormati pengguna lebuh raya yang lain, mengamal kelajuan yang sesuai dan sentiasa berhati-hati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, PLUS turut memaklumkan, penggunaan lorong kecemasan tidak lagi dibenarkan selepas Persimpangan Bertingkat Kulai bagi trafik menuju ke Kuala Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, PLUS berkata, semua kerja-kerja penyelenggaraan atau naik traf di laluan utama syarikat konsesi itu adalah dihentikan sementara selama 10 hari bermula 24 Jun hingga 3 Julai.

“Sempena musim perayaan Aidiladha, larangan penutupan jalan bagi kerja-kerja penyelenggaraan atau naik taraf atau pembinaan di laluan utama Lebuhraya PLUS.

“Pengecualian diberi untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan kecemasan yang memerlukan tindakan segera,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan