29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

PM penuhi hasrat remaja derita kanser tulang tahap empat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HASRAT seorang remaja yang menderita kanser tulang tahap empat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akhirnya tercapai apabila pemimpin nombor satu negara itu berkunjung ke kediamannya di Pangsapuri Megah Villa, Kota Warisan, Sepang, semalam.

Pertemuan Nur Shazrina Suryanto, 15, yang dahulunya seorang remaja yang aktif bersukan dengan Perdana Menteri diatur oleh Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said.

Ismail Sabri berkata, beliau dipertemukan dengan remaja tersebut yang dalam keadaan separa lumpuh.

“Shazrina baru sahaja diagnosis kanser pada bulan Oktober tahun lepas dan kini menjalani rawatan setiap bulan.

“Shazrina memaklumkan kepada bapa beliau impian dia untuk bertemu Pak Long PM (Perdana Menteri), dan hari ini saya membuat kejutan melawat beliau bagi memenuhi impian beliau itu.

Advertisements

“Alhamdulillah beliau terkejut dan teruja malah menggagahkan diri menghantar saya keluar sebelum saya pulang,” kata Perdana Menteri menerusi Facebooknya.

Ismail Sabri berharap Shazrina dan keluarganya tabah menghadapi ujian dan mendoakan agar diberi kesembuhan, kesejahteraan serta kelapangan dalam segala urusan harian.

“Ujian yang dihadapi oleh Nurshazrina menunjukkan tanda Allah SWT sayang kepadanya,” kata beliau.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi itu sudah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan