25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

JPJ sasar kutip RM4.12 bilion hasil tahun ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM4.12 bilion tahun ini selepas berjaya mengutip RM4 bilion yang tahun lalu walaupun ketika pandemik COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, jumlah kutipan tahun lalu merupakan satu kejayaan walaupun terpaksa menempuh pelbagai kekangan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), moratorium lanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Menurut beliau, ia hasil komitmen dan dedikasi semua warga JPJ termasuk rakan-rakan strategik jabatan itu di seluruh negara.

“Melihat kepada pencapaian tahun 2021, kami optimis akan dapat menyumbang RM4.12 billion lagi tahun ini,” katanya katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Setia JPJ 2022 di Putrajaya hari ini.

Zainlani berkata, sasaran kutipan hasil itu dijangka dapat disumbangkan menerusi aspek penguatkuasaan dan pengenalan beberapa lagi produk perkhidmatan secara atas talian.

Advertisements

Beliau berkata, pihaknya akan membuka 100 unit kios baharu di semua JPJ negeri dan 20 buah van bergerak JPJ tahun ini bagi memudahkan orang awam membuat pembayaran.

Menurutnya, van bergerak JPJ tersebut akan digerakkan ke lokasi-lokasi tumpuan awam seperti di bangunan kerajaan dan fasiliti awam seperti hospital.

“Kami juga bertekad untuk merealisasikan usaha pendigitilan termasuk bagi perkhidmatan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM), e-Kaunter dan e-Testing (sistem pengujian lesen memandu).

“Kesemua perkhidmatan secara dalam talian ini akan dilaksanakan secara berperingkat sekali gus menawarkan alternatif kepada orang awam tanpa perlu ke kaunter,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan