30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Suami isteri tinggal bawah landasan LRT diberi rumah sewa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASANGAN suami isteri yang didapati tinggal di bawah landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu kota memilih untuk tinggal di sebuah rumah sewa di Kapar, Klang dan akan dibayar oleh Baitulmal.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, lelaki yang hanya mahu dikenali Kasturi bersama isterinya menolak untuk ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana mahu tinggal dekat dengan rumah lamanya.

Beliau berkata, maklumat mengenai Kasturi dan isterinya itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beliau segera menghantar pasukan untuk ‘mengesan’ pasangan terbabit.

“Rupanya pasukan lain pun ramai ke sana termasuk (pihak) Baitulmal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Shahidan berkata, selain menawarkan kediaman di PPR, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menawarkannya peluang untuk berniaga.

Baca juga:   15,456 kes sembuh; 76 kematian COVID-19

Semalam, seorang lelaki dikenali sebagai Kasturi bersama isterinya, dilapor tinggal di bawah jambatan LRT kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumahnya di Kapar selepas diberhentikan kerja.

Sejak itu, dia memilih untuk tinggal di bawah landasan LRT tersebut tanpa sebarang kemudahan asas.

Lebih malang, isteri Kasturi dilapor sedang sakit, tidak dapat untuk meneruskan proses rawatan di hospital kerana masalah kewangan dihadapi keluarga terbabit. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

PPSM yakin kewibawaan Dr Mohd Naim sebagai Menteri Agama

PERSATUAN Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) yakin dengan kewibawaan, ketokohan, pengalaman dan keilmuan Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar atas...

Lagi Artikel Berkaitan