34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gunung berapi Tonga meletus kuat sekali lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU lagi letusan besar dikesan pada gunung berapi di Tonga hari ini, yang kedua selepas kali pertama berlaku semalam.

Memetik agensi AFP, stesen pemantauan berpangkalan di Darwin, Australia berkata, ini selepas dua hari sebelumnya telah berlaku letusan gergasi yang mencetuskan ombak tsunami di rantau Pasifik.

Menurut amaran Pusat Nasihat Abu Vulkanik Darwin pula, letusan terbaharu itu dikesan pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan bahawa pihaknya turut mengesan ombak besar di kawasan itu.

Advertisements

“Ini mungkin disebabkan oleh satu lagi letusan gunung berapi Tonga. Tiada gempa bumi kuat yang berlaku dan boleh menghasilkan ombak ini,” katanya.

Letusan gergasi gunung berapi bawah laut di Tonga dua hari lalu sungguh kuat sehinggakan ia dapat dikesan di seluruh dunia.

Ia sekali gus mencetuskan tsunami yang melanda pantai di rantau Pasifik dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat. – Agensi

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan