24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Wanita rugi RM132,000 main teka bola sepak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kerani wanita ‘berputih mata’ apabila menanggung kerugian berjumlah RM132,000 selepas ditipu menerusi pertandingan teka bola sepak yang disertainya menggunakan satu aplikasi pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 53 tahun itu berminat menyertai pertandingan itu setelah diperkenalkan oleh rakannya kira-kira jam 2 petang semasa mangsa berada di rumahnya di Jalan Tampin, Bahau, Negeri Sembilan.

“Mangsa dijanjikan keuntungan dua peratus mengikut modal dimasukkan untuk setiap teka perlawanan yang disertai.

“Mangsa membuka lima akaun berasingan menerusi aplikasi berkenaan untuk menyertai pertandingan dengan jumlah modal sebanyak RM132,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Chang Hook berkata, mangsa melakukan enam transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke satu akaun bank untuk memasukkan modal bagi menyertai pertandingan.

“Pada Ahad mangsa cuba mengeluarkan wang keuntungan yang diperoleh dengan menggunakan aplikasi tersebut tetapi akaun tersebut tidak dapat berfungsi dan baki modal pada akaun tersebut telah tiada.

“Mangsa mengesyaki telah ditipu dan membuat laporan polis pada hari yang sama untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujar beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan