24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

Showing results for:

Jangan terpedaya iklan ‘lesen terbang’ di Telegram – JPJ

ORANG ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu ke kelas dan ujian memandu. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu hantaran dalam Facebook berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan satu iklan...

JPJ keluar 16,377 saman dalam Op Hari Raya

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 16,377 saman kesalahan jalan raya di seluruh negara sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 yang berakhir malam tadi. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata, saman dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 89,490 kenderaan yang...

JPJ Johor laksana taktik penyamaran musim perayaan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor terus melaksanakan taktik penyamaran sebagai penumpang bas ekspres pada musim perayaan kali ini. Taktik itu dilihat berkesan bagi memastikan pemandu bas ekspres mematuhi peraturan jalan raya. Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, empat pasukan akan...

Anggota JPJ maut kejar motosikal lari sekatan

SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas terlibat kemalangan ketika mengejar seorang penunggang motosikal dipercayai melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Gombak di sini, hari ini. Sebelum kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Azizi Azizan,...

Terpedaya kenalan palsu, pegawai JPJ rugi RM8,400

LAGI kes kerugian membabitkan individu menyamar sebagai rakan bagi meminjam wang melalui aplikasi Telegram, kali ini berlaku di Pahang, semalam. Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam laporan terbaharu berkenaan membabitkan seorang wanita berusia 39...

JPJ sasar kutip RM4.12 bilion hasil tahun ini

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM4.12 bilion tahun ini selepas berjaya mengutip RM4 bilion yang tahun lalu walaupun ketika pandemik COVID-19. Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, jumlah kutipan tahun lalu merupakan satu kejayaan walaupun terpaksa menempuh...

Diskaun saman JPJ dilanjut sehingga 31 Disember

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melanjutkan tempoh tawaran pengurangan pembayaran kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) sehingga 31 Disember ini. Lanjutan tempoh pengurangan saman itu dibuat susulan sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai bersempena...

Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 15 Disember ini. JPJ memaklumkan perkara itu menerusi Facebook rasmi lewat malam tadi. Berikutan pemakluman tersebut, rata-rata pengguna platform sosial media memberikan maklum...

JPJ siasat dakwaan pegawai jual ‘lesen terbang’

SIASATAN bersama antara Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dijalankan berhubung dakwaan ada pegawainya terbabit kegiatan menjual 'lesen terbang'. JPJ dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang dibuat...

Sistem perkhidmatan kaunter JPJ terlalu kuno – Ka Siong

SISTEM perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedia ada terlalu kuno (lebih daripada 10 tahun) dan perlu ada anjakan paradigma ke arah digitalisasi untuk jangka masa panjang. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah itu perlu...
- Advertisement -spot_img

Latest News

Projek MARA Digital diteruskan – PM

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri, Datuk...
- Advertisement -spot_img