24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘SiberKASA’ angkat kisah keselamatan siber ke filem

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai bakal melihat secara dekat realiti sebenar cabaran yang ditempuhi oleh juruanalisa di CyberSecurity Malaysia dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab melindungi negara, melalui telefilem SiberKASA.

SiberKASA terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), merupakan telefilem mengenai keselamatan siber yang diangkat berdasarkan kisah benar mengenai isu-isu keselamatan siber yang berlaku setiap hari dalam Keluarga Malaysia.

Telefilem berdurasi 90 minit arahan Raja Mukhriz R. Ahmad Kamaruddin ini dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sempena Pameran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga 12 Disember 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Annuar, Keluarga Malaysia telah menerima serta menggunakan teknologi dan internet sebagai gaya hidup era digital masa kini.

“Namun di sebalik penggunaan tersebut, mereka tidak mengamalkan tingkah laku yang sewajarnya malah masih ramai menggunakan teknologi secara negatif, tidak beretika dan tanpa sikap bertanggungjawab menyebabkan Keluarga Malaysia terdedah kepada ancaman dan serangan siber yang menimbulkan ketidakharmonian sosial dalam Keluarga Malaysia seterusnya menggugat kesejahteraan negara.

“Justeru, telefilem ini diharap dapat dijadikan sebagai salah satu cara mendidik masyarakat memahami trend mutakhir ancaman siber, modus operandi jenayah siber serta amalan terbaik yang perlu diamalkan oleh warga digital Keluarga Malaysia sewaktu menggunakan teknologi dan Internet,” katanya hari ini.

Annuar turut menggesa Keluarga Malaysia agar mengambil iktibar insiden-insiden dan ancaman siber yang berlaku bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan siber.

Selain itu menurut beliau, warga digital dalam Keluarga Malaysia perlu memiliki kawalan kendiri sewaktu menggunakan teknologi, Internet dan media sosial.

Advertisements

Beliau turut berharap, penerbitan telefilem ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga digital Keluarga Malaysia mengenai ancaman dan serangan siber serta mampu menyemai sikap positif dan cakna terhadap penggunaan teknologi melalui babak yang dipaparkan menerusi telefilem ini.

Untuk rekod, telefilem yang merupakan karya ulung berkaitan bidang keselamatan siber dengan barisan pelakon seperti Zulhuzaimy, Thanuja Ananthan, Mona Allen, Qi Razali dan Riz Amin ini juga diharap dapat mempromosi bidang keselamatan siber di Malaysia dan memberi manfaat kepada golongan belia khususnya dalam memupuk minat mereka menceburi bidang keselamatan siber dan berbakti kepada negara sebagai pelindung keselamatan siber.

Kesemua prosedur dan pengoperasian yang dipaparkan mengikut kaedah tatacara kerja sebenar dan bukan hanya sekadar lakonan, selain memberi gambaran jelas tentang bidang kerjaya juruanalisa keselamatan siber, telefilem ini dapat mewarnai industri perfileman negara dengan kepelbagaian genre.

Telefilem SiberKASA dijangka akan mula ditayangkan pada hujung tahun 2021.

Keluarga Malaysia boleh menonton telefilem ini di saluran media tempatan.

Sementara itu, telefilem SiberKASA ini memaparkan kisah sistem sebuah loji di Semenyih yang digodam mengakibatkan kegagalan sistem dan berlaku pencemaran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan