28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Pelaporan 100 hari tentukan hala tuju, momentum kerajaan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri berkata, pelaporan pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia penting dalam menentukan hala tuju dan momentum kerajaan untuk mencapai matlamat, agar Keluarga Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan iktikad menjaga Keluarga Malaysia, setiap perancangan kerajaan berpaksikan kesejahteraan rakyat supaya terpelihara, seperti sebuah keluarga.

“Pelbagai program dan inisiatif di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia telah dan akan dilaksanakan untuk memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memacu pembaharuan, seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia tidak akan terhenti setakat ini malahan aspirasi kami untuk bekerja bersama rakyat akan berterusan,melalui pelan jangka masa sederhana bagi tempoh enam bulan dan sasaran jangka panjang.

“Dalam masa sama, kerajaan peka terhadap keluh kesah rakyat,terutama peningkatan harga barang yang naik mendadak.

Baca juga:   Puad ‘serang’ ROS, dakwa jabatan paling tak efisyen

“Untuk menanganinya, kerajaan telah mengambil tindakan segera mengawal harga, dengan memperkenalkan skim kawalan harga maksimum barang keperluan.

“Jualan Murah Keluarga Malaysia telah diadakan di setiap kawasan Parlimen, bermula 4 Disember lalu dan kerajaan juga telah meluluskan RM262 juta, sebagai insentif tambahan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi para petani,”katanya.

Perdana Menteri berkata, mengambil kira analisis sentimen rakyat yang telah dilaksanakan terhadap Ahli Jemaah Menteri dan kementerian, setiap pandangan dan luahan rakyat mesti didengari dan diambil kira untuk menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan.

Baca juga:   Pelepasan khas cukai individu bagi pelancongan domestik

“Umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang. Inilah janji saya kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Ujar Ismail Sabri lagi, sesungguhnya, pencapaian kerajaan pada hari ini hasil kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sebagai sebuah keluarga besar, yang sentiasa menyokong, membantu dan bersatu hati.

“Saya memahami bahawa rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan ini.

“Namun, 100 hari bukanlah jangka masa yang memadai untuk mengukur prestasi. Masih terdapat ruang yang perlu diberikan perhatian serius dan ditambah baik. Kami akan berusaha dengan sebaik-baiknya, demi kemaslahatan rakyat.

“Secara kolektif, kita bergerak mengharungi dan menerjah rintangan dalam memacu negara ke hadapan, bersandarkan semangat Keluarga Malaysia sejati,” katanya.

Pada program tersebut, Ismail Sabri turut mengumumkan 24,300 peluang pekerjaan melibatkan 75 majikan ditawarkan melalui Karnival Kerjaya di program Aspirasi 100 Hari sepanjang empat hari ini.

Baca juga:   4 peguam pemerhati dilantik TMJ hadir ikuti prosiding kes Bella

Ia sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia. – Edisi 9

Terkini

PM catat sejarah di pentas dunia, bawa pendirian berani Malaysia

Oleh DATUK SERI MOHD SALIM MOHD SHARIF PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin...

Lagi Artikel Berkaitan