25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Diskaun saman 80 peratus: Polis saran akses luar waktu puncak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CAPAIAN sistem pembayaran saman secara dalam talian, portal atau aplikasi mudah alih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia mengalami kesesakan susulan sambutan menggalakkan dari orang ramai.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, sehubungan itu, pihaknya menyarankan orang ramai yang gagal mengakses portal atau aplikasi berkenaan supaya berbuat sedemikian di luar waktu puncak.

Menurutnya, perkhidmatan pembayaran dalam talian berkenaan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh tawaran kompaun bermula hari ini hingga 12 Disember ini.

Untuk rekod, tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

“Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Advertisements

Mat Kasim berkata orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple AppsStore dan Huawei Gallery, seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Beliau dalam masa sama meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19 bagi yang berurusan di kaunter bayaran fizikal.

Terdahulu, Edisi9 melaporkan kaunter PDRM antara agensi kerajaan yang menjadi tumpuan pengunjung sempena program 100 Hari Aplikasi Keluarga Merdeka (AKM) di KLCC hari ini.

Seawal pukul 8 pagi lagi, pengunjung tanpa mengira bangsa sanggup beratur panjang bagi menunggu giliran bagi membuat bayaran tunggakan saman trafik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan