23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Prestasi 100 hari Jemaah Menteri sekitar 90 peratus – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESTASI keseluruhan 100 hari Jemaah Menteri telah mencapai sekitar 90 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, walau bagaimanapun sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata.

“Justeru pencapaian berkenaan bukan alasan untuk menteri dan kementerian mendabik dada tetapi menyuntik kesungguhan untuk terus bekerja bersama rakyat.

“Sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak mustahil untuk dicapai jika seluruh ahli Jemaah Menteri dengan kerjasama penjawat awam menggembleng tenaga dan memberi khidmat yang terbaik serta berkesan, dengan mengetepikan segala karenah birokrasi yang rumit.

“Bak kata orang Iban, ‘entik begempung kitai sepanjung, entik pamar kitai dekat ngepar’. Jika bersatu, suara kita akan lebih didengar, jika berpecah usaha kita sia-sia.

“Saya juga berterima kasih kepada Keluarga Malaysia atas pencapaian ini.

“Prestasi yang saya maklumkan, bukan hanya memberikan tumpuan kepada KPI semata-mata, tetapi juga mengambil kira persepsi Keluarga Malaysia melalui tinjauan soal selidik yang diberikan,” katanya.

Baca juga:   MARii tawar pekerjaan menerusi ICE, IPC di Karnival Kerjaya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Hadir sama, barisan Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut beliau, penglibatan Keluarga Malaysia dalam menilai kepemimpinan, integriti, komunikasi, kebolehpercayaan, responsif dan empati setiap Jemaah Menteri dan kementerian
amatlah dihargai.

Baca juga:   Muhyiddin doakan Ismail Sabri galas amanah sebaik mungkin

“Hal ini selaras dengan Key Happiness Outcome (KHO) yang telah diperkenalkan dalam Keluarga Malaysia untuk melengkapi KPI yang
disasarkan.

“KHO dapat mengukur kepuasan hati rakyat pada bila-bila masa. Ia dapat memperbaiki kedudukan negara dalam carta Indeks Kebahagiaan Dunia atau World Happiness Report, yang kita kini berada di kedudukan ke-81 pada tahun 2021,”katanya.

Jelasnya, kerajaan telah membuktikan, pelaporan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini bukan “bagai menumbuk padi hampa”.

“Impak yang terhasil, dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Hal ini dibuktikan dengan kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia berdasarkan enam teras utama yang telah ditetapkan.

“Untuk merealisasikan Aspirasi Keluarga Malaysia ini, enam teras atau fokus utama dalam pencapaian 100 hari terdiri menstruktur semula ekonomi; menjamin keselamatan dan ketenteraman negara; meningkatkan kesejahteraan sosial; mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh; memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan.

Baca juga:   Hari pertama AKM dapat sambutan luar biasa

“Teras ini menjadi tunjang kekuatan Aspirasi Keluarga Malaysia untuk memulihkan negara, khususnya daripada kelelahan kesan
pandemik COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan