24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

5,446 kes harian Covid-19 direkodkan dalam 24 jam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,446 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,678,465 kes.

Jumlah jangkitan terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding sebanyak 5,020 kes yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham dalam hantaran di media sosialnya mendedahkan kajian menunjukkan 90 peratus pengurangan kes kematian kepada mereka yang telah menerima dos penggalak atau dos ketiga untuk lebih 840,000 orang berusia 50 tahun dan ke atas.

Advertisements

Menurutnya, data menunjukkan kematian dalam kalangan individu tidak divaksinasi atau sebahagian divaksinasi ialah 3200 orang kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

“Individu yang mendapat vaksin lengkap hanya adalah 160 orang penduduk bagi setiap 1 juta penduduk.

Menurutnya, secara ringkasnya, kematian akibat Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksinasi berbanding dengan populasi yang divaksinasi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan