23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Pertembungan muka baharu dalam PRN Melaka

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

KHABARNYA hampir semua parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menampilkan lebih ramai muka-muka baharu dan anak-anak muda.

Baguslah begitu. Jadi seronok sikit pengundi nak memilih wakil rakyat mereka dan tak adalah istilah ‘asyik muka-muka itu’ atau ‘tak ada muka lain ke’.

Tak kisahlah dari parti mana, rakyat memang mahu melihat wajah-wajah baharu yang lebih muda, segar, segak dan manis menjadi calon mereka, apatah lagi pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Di pihak Barisan Nasional (BN), khabarnya beberapa tokoh anak muda akan ditampilkan. Ada pelakon, ada pemimpin pemuda, anak bekas ketua menteri dan lain-lain.

Mengikut kata Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan semalam, parti itu akan menampilkan 90 peratus muka baharu yang akan bertanding dalam kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Khabarnya hanya Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali dan dua penyandang lain saja dikekalkan. Lain-lain penyandang diganti dengan calon-calon baharu.

Cuma sedikit tak sedap bila nama Rauf Yusoh turut disebut-sebut untuk dicalonkan walhal sebelum ini khabarnya beliau tidak akan bertanding dalam PRN Melaka.

Langkah Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka ‘tidak mahu’ dicalonkan itu sedikit sebanyak meredakan ‘cakap-cakap’ orang bahawa beliau mahu mengambil alih kerusi Ketua Menteri jika BN membentuk kerajaan negeri.

Tetapi kini cakap-cakap itu muncul dengan lantang semula selepas nama Rauf dikatakan akan bertanding di DUN Tanjung Bidara.

Harap BN mengotakan janji Presidennya untuk menampilkan calon-calon bertaraf WALI (winnable, acceptable, likeble) dan bukan nanti akhirnya memilih mereka yang mempunyai ‘kabel’.

Di pihak Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP khabarnya turut akan menampilkan wajah-wajah baharu termasuk calon daripada kalangan anak muda Melayu.

DAP yang menang kesemua lapan kerusi yang ditandingi mereka dalam PRU-14 lalu, nampaknya cuba untuk mempertahankan kemenangan tersebut termasuk di DUN Pengkalan Batu.

Baca juga:   Pas menjelang PRU-15: Satu pengenalan

Bagi Perikatan Nasional (PN) yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung, sudah pasti tidak mahu kalah dan akan menampilkan calon-calon berpengalaman dan baharu.

Jika mengikut Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan itu ada yang menjangkakan beberapa pemimpin yang kini menjadi Ahli Parlimen, akan dipertaruhkan.

Baca juga:   Anwar gesa ahli Parlimen utus warkah pada Agong batalkan darurat

Antaranya yang disebut-sebut ialah Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudian.

Beliau sudah tentu tidak menolak jika dicalonkan oleh partinya memandangkan kemenangannya dalam PRU-14 lalu di Parlimen Masjid Tanah atas tiket UMNO.

Gerakan, yang sebelum ini tidaklah begitu gemilang di Melaka sudah pasti dapat tersenyum lebar kerana bakal bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi majoriti bukan Melayu.

Maklum sepanjang berada di bawah BN sebelum ini, Gerakan hanya diberi satu kerusi sahaja untuk ditandingan kerana terpaksa berkongsi dengan MCA dan MIC.

Kini peluang Gerakan untuk bertanding di lebih banyak kerusi terbuka luas di bawah panji PN.

Pas tidak mempunyai rekod cemerlang di Melaka dan hanya menang dua kali dalam PRU iaitu pada tahun 1974 dan 2013.

Justeru, parti itu sudah pasti akan mengandalkan wajah-wajah baharu untuk bersaing dalam PRN Melaka dengan menggunakan lambang PN.

Walau apapun spekulasi dan cakap-cakap mengenai calon yang akan bertanding, ia tidak akan sah selagi belum diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa hari penamaan calon 8 November ini.

Sejarah sebelum ini pernah membuktikan calon-calon yang sudah diumumkan, sudah mendapat watikah boleh sahaja bertukar di saat-saat akhir, apatah lagi sekadar cakap-cakap.

Selamat memilih warga Melaka!

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan