28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KJ kenal pasti kadar kes positif tinggi di Kelantan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR kes positif di Kelantan kebelakangan ini akan dikenal pasti menerusi lawatan di negeri itu hari ini.

Itu ciapan ringkas di Twitter daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengadakan lawatan ke Kelantan.

Dalam ciapannya, Khairy berkata, lawatan selama satu hari itu juga bagi menyemak kapasiti hospital di negeri tersebut.

Advertisements

“Lawatan sehari ke Kelantan untuk menyemak kapasiti hospital dan mendalami mengapa ia sering mempunyai kadar positif tertinggi di negara ini.

“Vaksinasi lengkap dewasa pada 80 peratus, tetapi negeri mengatakan jumlah itu tidak tepat kerana ramai penduduknya berhijrah meninggalkan negeri berkenaan dan tidak ramai lagi yang perlu divaksin,” katanya.

Terdahulu, menurut data yang dikongsi portal Covidnow, populasi dewasa lengkap menerima dua dos vaksin di Kelantan kini ialah 79.5 peratus setakat 4 November 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan