25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

41,391 dos harian vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 41,391 dos harian telah diberikan semalam, menerusi data dari laman COVIDNOW yang dikeluarkan.

Ia merangkumi dos penggalak sebanyak 20,365, satu dos sebanyak 2,864 dan dos pelengkap sebanyak 18,162.

Sementara itu, penduduk lengkap mendapatkan vaksinasi terus meningkat di negara ini iaitu mencecah 75.4 peratus atau seramai 24,625,458 orang sudah berjaya mendapatkan dos mereka.

Populasi dewasa lengkap divaksin pula mencatatkan sebanyak 95.8 peratus atau 22,417,059 orang sudah mendapatkan vaksin masing-masing.

Kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang lengkap divaksin pula mencecah 70.2 peratus atau 2,208,399 orang, manakala sebanyak 83.4 peratus sekurang-kurangnya lengkap satu dos.

Ini menjadikan, jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,420,916.

Tiada laporan kematian membabitkan COVID-19 juga dicatatkan, setakat semalam.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan