PEMBERIAN dos penggalak vaksin COVID-19 semakin meningkat diberikan kepada kumpupan sasar dengan sebanyak 119,925 dos penggalak, berdasarkan data yang dikeluarkan laman web COVIDNOW setakat semalam.
Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 1,695,746
Dalam pada itu, data yang sama turut menjelaskan sebanyak 135,631 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 52,232,576 dos.
Suntikan dos pertama sahaja sebanyak 5,233 dos sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 25,696,859 dos atau 78.6 peratus, manakala suntikan dos kedua sebanyak 10,473 dos atau 76.6 peratus.
Dengan itu, keseluruhan yang lengkap divaksinasi adalah seramai 25,028,412.
Perkongsian sama turut menyaksikan sebanyak 21.4 peratus jumlah populasi keseluruhan tiada vaksinasi direkodkan.
Kadar kematian juga merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 47 kes dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 30,110 kes.
Jumlah kematian BID pula merekodkan pertambahan 10 kes.
Sementara itu, kes aktif menunjukkan pertambahan dengan sebanyak 639 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 68,625.
Sehingga kini sebanyak 54,940 kes (80.1 peratus) kuarantin rumah; 7,529 (11.0 peratus) di PKRC; 5,624 kes (8.2 peratus) di hospital, 266 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 266 kes (0.4 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

